Belalang goreng 'sambut' kepulangan warga kota beraya di kampung

Belalang goreng ‘sambut’ kepulangan warga kota beraya di kampung

MARSINI menunjukkan belalang goreng yang dihasilkannya untuk dijual menjelang Aidilfitri. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYAKARTA: Sambutan Aidilfitri tahun ini dijangka lebih meriah selepas dua tahun ‘berkurung’ akibat pandemik Covid-19.

Kesempatan itu turut menjadi peluang terbaik untuk para peniaga meningkatkan semula momentum jualan mereka, termasuk pengusaha belalang goreng di Gunungkidul, Yogyakarta.

Seorang daripada pengusaha belalang goreng, Marsini mengakui jualan tahun ini lebih baik berbanding sebelum ini.

“Sejak beberapa minggu lalu, kami mula menambah produksi bagi menampung keperluan pembeli menjelang Aidilfitri.

“Kami menjangkakan volum pembelian kali ini akan meningkat kerana ramai sudah boleh balik ke kampung untuk beraya,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Jelas Marsini, pada hari biasa, dia dan petugasnya akan menghasilkan kira-kira lima hingga tujuh kilogram belalang goreng.

Namun, jumlah itu meningkat sehingga tiga kali ganda menjelang Aidilfitri.

Marsini beritahu, dia sudah mengusahakan perniagaan itu sejak 2003 dan kenaikan harga minyak masak menyebabkan harga belalang gorengnya juga terpaksa dinaikkan.

“Bagi satu kilogram belalang goreng, harganya adalah 450,000 rupiah (RM134) dan terdapat pelbagai perisa untuk dipilih pembeli.

“Tahun ini adalah masa untuk kami bangkit semula dan alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya