Bekalan minyak di Jakarta makin pulih, tetapi harga 'yahudi' - Utusan Malaysia

Bekalan minyak di Jakarta makin pulih, tetapi harga ‘yahudi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bekalann minyak masak pukal mula membanjiri sejumlah pasar di seluruh Jakarta.

Namun, harganya disifatkan masih terlalu tinggi berbanding yang ditetapkan oleh kerajaan.

Berdasarkan tinjauan CNN Indonesia, harga minyak masak pukal di beberapa pasar dijual pada harga 19,000 rupiah (RM5.72) sekilogram.

Harga itu terlalu mahal arga pasaran yang ditetapkan kerajaan iaitu 14,000 rupiah (RM4.21) bagi setiap satu liter.

Seorang peniaga, Sugeng memberitahu, minyak masak pukal mula masuk ke pasar kerana minyak masak paket dijual pada harga mahal.

Namun, dia mengakui tidak dapat menjual minyak masak pukal itu pada harga yang ditetapkan kerajaan.

“Harga minyak masak paket kini dijual pada harga 25,000 rupiah (RM7.25) per liter dan minyak masak pukal juga tidak boleh dijual murah kerana tidak balik modal.

“Biarpunn harga mahal, pengguna tetap membuat pembelian kerana minyak masak merupakan keperluan dan pengguna memerlukannya,” katanya.

Sejak akhir tahun lalu, Indonesia mengalami masalah kekurangan bekalan minyak masak sehingga menyebabkan harga bahan tersebut naik mendadak.

Sehingga kini, masalah tersebut belum selesai, susulan wujudnya ‘kartel minyak masak’ yang mengawal pasaran dan harga.

Semalam, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mengisytiharkan larangan eksport bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan minyak masak dan minyak masak bermula 28 April ini sehingga diberitahu kelak.

Langkah itu dibuat bagi mengatasi masalah yang berlaku ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya