Aidilfitri: 85 juta rakyat Indonesia boleh pulang ke kampung dua minggu lagi - Utusan Malaysia

Aidilfitri: 85 juta rakyat Indonesia boleh pulang ke kampung dua minggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kira-kira 85 juta penduduk Indonesia dijangka memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri bermula minggu keempat bulan ini.

Lapor CNN Indonesia, kajian kerajaan menunjukkan kebanyakan yang terbabit dengan pergerakan besar-besaran dikenali sebagai ‘mudik’ itu adalah mereka yang menetap di Jakarta serta beberapa bandar utama lain.

Peningkatan jumlah penduduk mudik itu sudah dijangka berikutan kelonggaran beberapa protokol Covid-19 sebelum ini.

“Ini adalah mudik pertama selepas dua tahun ia ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

“Kita akan membuat persiapan mencukupi menjelang waktu itu,” kata Menteri Koordinator Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy.

Jumlah purata kes harian Covid-19 pada minggu pertama Ramadan merekodkan penurunan di bawah 3,000 kes berbanding 55,000 kes pada pertengahan Februari lalu, ketika varian Omicron memuncak.

Dalam pada itu, operator lebuh raya bertol Indonesia, Hutama Karya menjelaskan, beberapa protokol kesihatan untuk mengekang penularan Covid-19 akan dilaksanakan seperti menyahkuman kawasan tol, pos kawalan dan kawasan rehat.

“Semua langkah pencegahan masih perlu diterapkan kerana jumlah penduduk yang mudik tahun ini lebih ramai berbanding sebelum ini dan kita tidak mahu penularan Covid-19 berlaku,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya