Adik Nagaenthran sahkan hukuman gantung sudah dijalankan - Utusan Malaysia

Adik Nagaenthran sahkan hukuman gantung sudah dijalankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Rakyat Malaysia yang didapati bersalah kerana mengedar dadah dihukum gantung di Singapura pagi tadi selepas usaha terakhir mencabar hukuman terbabit oleh ibunya gagal.

Tertuduh, Nagaenthran Dharmalingam, 34, menjalani hukuman terbabit selepas pelbagai usaha peringkat antarabangsa untuk mendapatkan pengampunan gagal.

Nagaenthran, dijatuhi hukuman gantung lebih sedekad lalu bagi kesalahan menyeludup dadah jenis heroin seberat 44 gram (g) memasuki Singapura, yang melaksanakan antara hukuman terberat di dunia bagi kesalahan berkaitan dadah.

Suspek ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 ketika berusia 21 tahun di Pusat Pemeriksaan Woodlands ketika melintasi sempadan Malaysia dan Singapura, dengan dadah itu didapati dilekatkan di paha kirinya.

Adik mendiang, Navin Kumar, 22, mengesahkan melalui telefon bahawa hukuman terhadap abangnya sudah dijalankan dan mayatnya akan dikebumikan di Ipoh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.