Zelensky nafi buat video minta rakyat serah kalah kepada Rusia

Zelensky nafi buat video minta rakyat serah kalah kepada Rusia

LAMAN web semakan fakta Verify mendapati penggunaan alat forensik video dan carian imej terbalik dalam video palsu itu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menafikan kewujudan video kononnya beliau menyuruh rakyatnya menyerah kalah kepada tentera Rusia. 

Sebaliknya, beliau menegaskan video itu adalah palsu yang sengaja dicipta untuk mengelirukan maklumat mengenai peperangan di negara itu. 

Saluran berita televisyen Ukraine 24 mengesahkan penggodam berjaya menghasilkan video palsu yang disiarkan di beberapa saluran siaran langsung serta laman web tertentu.

Lapor Arab News, video itu menggunakan teknologi kecerdasan buatan bagi mencipta rakaman palsu baharu daripada imej dan video sedia ada. 

Hasilnya kelihatan meyakinkan, walaupun video ‘Zelensky’ kelihatan palsu seperti yang ditunjukkan oleh ramai pengguna media sosial.

Laman web semakan fakta Verify mengesahkan perkara tersebut dan menjelaskan pihaknya mendapati penggunaan alat forensik video dan carian imej terbalik. 

Pihaknya mengesahkan video itu dijana komputer menggunakan imej pegun daripada sidang akhbar Zelensky sebelum ini. 

Zelensky turut memuat naik mesej dan maklum balas dalam Instagram mengenai rakaman palsu itu. 

“Kami masih di sini dan melindungi Ukraine,” tulisnya. 

Sebelum ini, Pusat Komunikasi Strategik dan Keselamatan Maklumat Negara mengeluarkan kenyataan supaya orang ramai berwaspada dengan hebahan maklumat palsu. 

Amaran itu dikhususkan menangani isu video palsu dan kesukaran membezakan rakaman sebenar. 

Pakar Forensik Media Digital di Universiti California, Prof. Hany Farid berkata, penyebaran pantas video palsu menimbulkan kebimbangan terhadap maklumat salah dan subversif kebenaran, terutamanya semasa peristiwa kritikal seperti perang. 

“Walaupun ketulenan video itu disangkal dan kebanyakan orang mengatakan ia tidak benar, ia mencemarkan ekosistem maklumat dan memberi bayangan terhadap semua kandungan yang berdepan dengan perang yang kompleks,” katanya. 

Ketua Polisi Keselamatan Meta, Nathaniel Gleicher memaklumkan, pihaknya sudah mengesan dan membuang video tersebut dalam semua platform media sosial termasuk Facebook. 

“Ia muncul dalam laman web yang dilaporkan terjejas dan mula disiarkan di seluruh internet,” jelasnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN