Wang rasuah Covid-19 dipulangkan semula

Wang rasuah Covid-19 dipulangkan semula

PEJABAT Peguam Negeri Bintan menunjukkan wang insentif terlebih bayar yang dikembalikan dari Pusat Kesihatan Teluk Sebong. - KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIAU: Sebanyak 2.16 bilion rupiah (RM632,000) wang insentif didapati dibayar berlebihan kepada petugas kesihatan Covid-19 yang melibatkan 14 pusat kesihatan di Bintan, Riau. 

Lapor Kompas.com, atas dasar tanggungjawab wang tersebut dikembalikan dan diserahkan semula kepada pihak Pejabat Peguam Negeri Bintan (Kejari).  

Selanjutnya, Kejari Bintan akan menyerahkan wang tersebut kepada bendahari wilayah Bintan. 

Ketua Kejari Bintan, Mustofa berkata, penyerahan tersebut dilakukan melalui tiga tahap dengan penyerahan pertama dilakukan 30 September lalu melibatkan wang berjumlah 504,560 rupiah (RM147).  

Katanya, 24 Februari lalu, semua ketua pusat kesihatan memulangkan semula wang insentif keseluruhan bernilai 1.4 bilion rupiah (RM410,000).  

“Hasil audit yang dijalankan mendapati keseluruhan bayaran wang insentif yang terlebih bayar adalah 2.16 bilion rupiah.  

“Semua penyerahan wang tersebut sudah dilakukan hari ini,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Unit Khas Penyiasatan Kejari Bintan, Fajrian berkata, pihaknya masih menunggu arahan selanjutnya daripada pihak berkuasa

“Kami tidak pernah menjalankan siasatan sebelum wang itu diserahkan sendiri. 

“Namun, kami masih memberikan perhatian terhadap dakwaan rasuah sehingga menyebabkan wang terlebih bayar kepada petugas kesihatan di pusat kesihatan Sei Lekop. 

“Kes tersebut sudah sampai ke peringkat pendakwaan dengan defendan dinamakan sebagai Zailendra yang merupakan ketua di pusat kesihatan itu,” jelasnya.

Fajrian berkata, pihaknya memberikan tumpuan terlebih dahulu terhadap kes di Sei Lekop sebelum pusat kesihatan lain.  

Beliau juga memberi peringatan supaya wang insentif digunakan mengikut undang-undang ditetapkan. 

“Baik pusat kesihatan atau hospital, jangan menggunakan duit tersebut secara salah. 

“Kami akan mengambil tindakan tegas dengan melakukan proses lebih lanjut,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya