Ukraine hantar bas pindahkan orang awam dari Mariupol - Utusan Malaysia

Ukraine hantar bas pindahkan orang awam dari Mariupol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Beberapa usaha baharu sedang dilaksanakan untuk memindahkan penduduk yang terperangkap di bandar Mariupol yang dikepung tentera Rusia.

Lapor BBC, Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk berkata, sebanyak 45 bas dalam perjalanan ke bandar selatan itu agar dapat memulakan proses pemindahan orang awam menerusi koridor kemanusiaan.

Katanya, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah mengesahkan Rusia bersetuju untuk membuka koridor kemanusiaan di Mariupol.

Dilaporkan, puluhan ribu orang awam masih berada di bandar itu selepas tentera Rusia melancarkan serangan bom sejak beberapa minggu.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Palang Merah akan membantu dalam proses pemindahan orang awam.

Jelasnya, koridor kemanusiaan dari Mariupol ke Zaporizhzhia melalui pelabuhan Berdyansk yang dikawal tentera Rusia akan dibuka bermula pukul 10 pagi (waktu tempatan).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya