UK 'hilang sekelip mata' jika Rusia serang guna bom nuklear

UK ‘hilang sekelip mata’ jika Rusia serang guna bom nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: United Kingdom (UK) didakwa boleh ‘lenyap’ daripada muka bumi sekiranya Rusia melancarkan serangan balas menggunakan bom nuklear .

Ketika ini, UK merupakan antara negara paling lantang mengutuk serangan Rusia di Ukraine, selain membekalkan senjata kepada tentera Kyiv untuk menentang kemaraan Moscow.

Malah, amaran itu pernah dinyatakan oleh bekas pembantu kepada presiden Rusia, Frants Klintsevich pada tahun 2017.

Lapor Daily Star, Senator Rusia itu mendakwa sekiranya UK melakukan serangan awal ke atas Moscow maka negara itu mungkin musnah dalam serangan balas tersebut.

Amaran itu dibuat selepas bekas Menteri Pertahanan Britain, Michael Fallon mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak boleh menolak penggunaan senjata nuklear sebagai serangan pertama dalam keadaan paling ekstrem. 

“Kenyataan Fallon harus dibalas dengan respons yang tegas dan saya tidak takut untuk berbuat demikian.

“Dalam situasi ini, kenyataan beliau harus diambil sebagai elemen perang psikologi yang serius dan menijikkan,” kata Klintsevich.

Ancaman kononnya UK akan musnah sekiranya berlaku perang nuklear turut ditegaskan oleh seorang pakar politik antarabangsa dari Universiti Leicester, Prof. Andrew Futter dalam satu temubual eksklusif bersama Daily Star, baru-baru ini.

Futter berpandangan Presiden Rusia, Vladimir Putin hanya mempunyai sedikit kelebihan daripada penggunaan senjata nuklear namun ‘perang saudara’ dan pertumpahan darah mungkin menyebabkan beliau terdesak untuk berbuat demikian.              

Menurut Futter, isu Rusia menggunakan senjata nuklear dilihat ‘masih jauh’ lagi.

Sementara itu, seorang pakar politik di Universiti Cardiff, Prof. Campbell Craig pula menyatakan beliau tidak dapat membayangkan rupa dunia dan kesannya jika Perang Dunia Ketiga benar-benar meletus.

Craig mendakwa kebanyakan bandar di Rusia, Eropah dan Amerika Syarikat (AS) akan menjadi sasaran dan dimusnahkan jika perang nuklear tercetus antara Moscow dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya