Tidak perlu lagi pakai pelitup muka naik pesawat

Tidak perlu lagi pakai pelitup muka naik pesawat

SYARIKAT penerbangan Ryanair tidak akan mewajibkan pemakaian pelitup muka kepada penumpang menjelang April ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pelancong warga Britain tidak akan diwajibkan untuk memakai pelitup muka dalam semua penerbangan Ryanair menjelang musim bunga ini.

Lapor Daily Mail, perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ryanair, Micheal O’Leary yang mahu melihat penamatan peraturan pemakaian pelitup muka dalam pesawat menjelang akhir April ini.

O’Leary juga memaklumkan Lapangan Terbang Gatwick akan menyaksikan ‘pemulihan yang lebih baik’ selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

Kenyataan itu dibuat selepas Jet2 menjadi syarikat penerbangan United Kingdom (UK) pertama yang memansuhkan syarat pemakaian pelitup muka bagi penumpang di dalam pesawat mereka.

Namun, EasyJet, British Airways (BA), Virgin Atlantic, syarikat penerbangan domestik Loganair dan pengendali pelancongan TUI memaklumkan peraturan pemakaian pelitup muka akan dikekalkan.

Minggu lalu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memansuhkan semua sekatan Covid-19 termasuk peraturan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam di England.

Bagaimanapun, kebanyakan syarikat penerbangan masih bertegas untuk melaksanakan peraturan itu atas ‘syarat keperluan’. 

Dalam pada itu, Ryanair turut mendedahkan jadual penerbangan bagi musim panas di tiga lapangan terbang di London iaitu di Gatwick, Luton dan Stansted.          

Syarikat penerbangan itu juga mengumumkan 14 laluan baharu dari lapangan terbang ke beberapa destinasi termasuk Naples, Madeira dan Stockholm. 

Sementara itu, seorang jurucakap Jet2 mengesahkan peraturan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di dalam pesawat dan lapangan terbang.

Jelasnya, penumpang Jet2 berumur enam tahun ke atas masih perlu mengenakan pelitup muka bagi penerbangan dari Scotland dan Wales.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya