Tangmo tak ambil dadah atau terima bayaran 'layan' VIP

Tangmo tak ambil dadah atau terima bayaran ‘layan’ VIP

tangmo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang rakan karib kepada aktres terkenal Thailand, Nida Patcharaveerapong atau dikenali sebagai Tangmo yang meninggal dunia secara tragis baru-baru ini, mendakwa mangsa tidak pernah mengambil dadah.

Lapor Bangkok Post, Warinthorn Watsang atau dikenali sebagai ‘Anna TVpool’ juga mendakwa Tangmo tidak pernah menerima sebarang bayaran untuk `melayan’ mana-mana orang kenamaan (VIP)

“Tangmo tidak pernah menggunakan dadah dan menerima bayaran untuk `melayan’ VIP.

“Sekiranya beliau menerima tawaran sedemikian, sudah tentu mendiang tidak mempunyai hutang,” katanya kepada pemberita.

Mayat pelakon berusia 37 tahun itu ditemukan pada 26 Februari lalu hampir dua hari selepas mangsa didakwa terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya ketika menaiki bot laju bersama lima individu lain.

Kematian

Dua lelaki Tanupat Por Lerttaweewit dan Phaiboon Robert Trikanjananun, didakwa mengendalikan bot tidak berlesen secara cuai hingga menyebabkan kematian mangsa.

Ketika kejadian terdapat tiga lagi penumpang dalam bot itu iaitu pengurus Tangmo, Idsarin Gatick Juthasuksawat serta Wisapat Pasir Manomairat dan Nitas Job Kiratisoothisathorn.

Polis dijangka menyelesaikan siasatan kes kematian Tangmo, pada Jumaat ini.

Terdahulu, Anna dan seorang lagi rakan karib Tangmo, Poodle Yuppadee tiba di Pejabat Polis Wilayah 1 di Bangkok untuk memberi keterangan kepada pegawai penyiasat.

Anna yang juga merupakan wartawan hiburan memaklumkan dia akan memberi kerjasama penuh kepada polis berhubung siasatan kes itu.

Malah, katanya, dia yakin dengan cara pengendalian polis dalam kes tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya