Tanah runtuh di Peru, 60 rumah tertimbus

Tanah runtuh di Peru, 60 rumah tertimbus

KEADAAN tanah runtuh mengandungi batu dan lumpur memusnahkan kediaman di bandar Retamas, Parcoy di daerah utara Peru.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Sebanyak 60 kediaman tertimbus akibat tanah runtuh di perkampungan Andes Retamas, wilayah La Libertad, utara Peru, semalam.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi waktu tempatan itu, enam penduduk dilaporkan hilang dan jumlah mangsa kemungkinan meningkat.

Pesuruhjaya Polis Retamas, Carlos Alberto Valderrama berkata, tanah runtuh yang berlaku di kawasan syarikat Consorcio Minero Horizonte yang menjalankan akitiviti perlombongan berpunca akibat hujan lebat.

Jelasnya, seramai 100 penduduk kampung dipindahkan ke kawasan selamat.

Sementara itu, syarikat itu menjelaskan kejadian tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti perlombongan.

Namun, pihaknya menyediakan peralatan untuk membantu misi menyelamatkan mangsa yang terperangkap.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN