Rusia dakwa tawan semua kawasan di Kherson - Utusan Malaysia

Rusia dakwa tawan semua kawasan di Kherson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Rusia mendakwa anggota tenteranya berjaya menguasai sepenuhnya semua kawasan di bandar Kherson di selatan Ukraine.

Agensi berita Rusia, Interfax melaporkan dengan memetik kenyataan jurucakap Kementerian Pertahanan, Igor Konashenov.

Katanya, tentera Rusia berjaya menembak jatuh enam dron tempur Bayraktar TB-2 dalam tempoh 24 jam.

Dalam pada itu, Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dalam serangan di sebuah bangunan pangsapuri di Kyiv.

Menurut perkhidmatan kecemasan, bangunan kediaman 16 tingkat itu terletak di daerah Sviatoshynsky di barat Kyiv.

Jelasnya, serangan turut berlaku di sekitar kawasan di ibu negara Ukraine.

“Dua mayat ditemukan dan 27 orang berjaya diselamatkan,” jelas perkhidmatan kecemasan Ukraine di Facebook.

Tambahnya, sebuah lagi bangunan kediaman di kawasan Podilsk turut diserang.

Sementara itu, media dan wartawan di Kyiv melaporkan beberapa letupan kuat kedengaran di ibu negara Ukraine.

Saluran berita tempatan, Kyiv Independent melaporkan letupan kuat kedengaran di bandar itu pada awal pagi tadi.

“Seorang lagi wartawan melaporkan dia terjaga dari tidur selepas terdengar beberapa bunyi letupan besar di tengah Kyiv,” jelas laporan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN