Pesawat dilencongkan untuk turunkan penumpang 'naik hantu'

Pesawat dilencongkan untuk turunkan penumpang ‘naik hantu’

AKSI penumpang wanita yang bertindak di luar kawalan berjaya dirakam penumpang lain dalam pesawat Jet2.-BENLACK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Penumpang pesawat Jet2 yang dalam penerbangan dari Manchester ke Antalya, Turki bersorak kegembiraan selepas seorang penumpang yang bertindak agresif  ‘dihalau keluar’ dari kapal terbang tersebut.

Lapor Daily Mail, pesawat yang sepatutnya menuju ke Antalya itu terpaksa dilencongkan ke Vienna bagi menurunkan penumpang tersebut yang mencetuskan kekecohan sehingga mengganggu ketenteraman. 

Penumpang wanita yang dikenali sebagai Catherine Bush itu dikatakan mula bertindak agresif dua jam sebelum penerbangan dijangka tiba di Antalya yang mengambil masa selama empat jam.

Bush bertindak ganas terhadap pramugari yang bertugas selepas dia berasa terganggu dengan tangisan bayi di dalam pesawat itu.

Dilaporkan, wanita itu turut menampar beberapa penumpang lain semasa kejadian tersebut. 

Seorang penumpang memberitahu Manchester Evening News mengenai tindakan wanita yang mendatangkan gangguan selama sejam 20 minit dalam pesawat.

“Wanita itu tiba-tiba menengking kru penerbangan dan suasana menjadi kecoh. Dia turut menjerit kepada penumpang lain hanya disebabkan tangisan bayi,” katanya. 

Ketika kejadian, seorang penumpang cuba menasihatkan wanita itu supaya bertenang, namun dia pula ditampar pada muka.

Selepas itu, seorang lelaki pula bangun dan cuba menenangkan keadaan sebelum membawanya ke bahagian belakang pesawat. 

Susulan itu, juruterbang membuat keputusan mengubah laluan penerbangan ke Vienna. 

Semasa pesawat itu mendarat, Bush dikatakan menampar seorang lagi penumpang.

“Ini merupakan kejadian kali pertama pesawat terpaksa dilencongkan kerana gangguan penumpang dalam kapal terbang.

“Kru penerbangan berjaya mengawal situasi dengan baik walaupun tiada sesiapa mampu membantu penumpang wanita itu selepas dia menampar penumpang lain,” ujar saksi. 

Pesawat Jet2 turut menghantar kiriman mesej kepada semua penumpang pesawat dan memohon maaf berhubung insiden tersebut. 

Pesawat itu berlepas dari Vienna pada pukul 1 tengah hari, dan tiba di Antalya selepas pukul 3 petang, iaitu sejam lewat seperti dijadualkan.

Sementara itu, Bush turut dilarang menaiki mana-mana penerbangan oleh Jet2 buat seumur hidup dan dikenakan denda sebanyak 5,000 pound (RM27,867).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN