Pentagon takut 'Putin marah', batalkan ujian peluru berpandu

Pentagon takut ‘Putin marah’, batalkan ujian peluru berpandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentagon mengumumkan Amerika Syarikat (AS) akan menangguhkan ujian pelancaran peluru berpandu nuklear yang dijadualkan pada minggu ini.

Lapor Daily Mail, keputusan itu dibuat bagi mengelak daripada membangkitkan kemarahan Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika tentera negara itu membedil bandar-bandar di Ukraine secara berterusan.

Jurucakap Jabatan Pertahanan AS, John Kirby berkata, tindakan itu disifatkan sebagai ‘langkah berjaga-jaga’ selepas Putin meletakkan pasukan nuklear Rusia dalam keadaan bersiap siaga dan melancarkan serangan bom berangkai di beberapa kawasan di Ukraine.

“Ini bukan langkah mengundur diri, tetapi mengelakkan situasi bertambah buruk, malah AS tidak manu menjadi seperti Rusia yang bertindak melulu,” katanya dalam sidang akhbar.

Ujian pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), Minuteman III yang bernilai AS$7,000,000 (RM29.3 juta) itu pada mulanya dijadualkan untuk dilancarkan di Pangkalan Tentera Udara Vandenberg di selatan California.

Dilaporkan, Minuteman III boleh bergerak sejauh 9,654 kilometer (km) pada kelajuan 24,135 kilometer sejam (km/j).

Menurut Kirby, AS tidak mengikut jejak langkah Rusia yang mahu meletakkan pasukan nuklear dalam keadaan bersiap siaga.

Pembatalan ujian pelancaran peluru berpandu nuklear itu merupakan ‘tindakan selamat’ pertama dari AS selepas melaksanakan beberapa sekatan terhadap Rusia disebabkan pencerobohan ke atas Ukraine.

Langkah itu dibuat selepas Tentera Udara AS menggerakkan aset ketenteraannya di sebuah pangkalan di Jepun.   

Sementara itu, Kirby mendakwa Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin berasa selesa dengan langkah pencegahan strategik sedia ada untuk mempertahankan negara dan sekutu AS.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya