Pemimpin dunia kutuk serangan Rusia di loji nuklear Zaporizhzhia

Pemimpin dunia kutuk serangan Rusia di loji nuklear Zaporizhzhia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Pemimpin dunia mengutuk keras serangan Rusia terhadap loji nuklear Zaporizhzhia yang mengancam keselamatan di seluruh kawasan itu.

Lapor BBC, Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson berkata, serangan ‘melulu’ boleh menyebabkan ‘ancaman keselamatan secara langsung terhadap keselamatan di seluruh Eropah’.

Presiden AS, Joe Biden pula menggesa Moscow menghentikan operasi ketenteraan di sekitar loji nuklear itu.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata, ‘serangan ngeri’ itu perlu ‘dihentikan segera’.

Loji nuklear Zaporizhzhia mengalami kerosakan dan terbakar akibat terkena bedilan tentera Rusia.

Kebakaran di loji nuklear terbesar Eropah akibat serangan itu berjaya dipadamkan oleh bomba Ukraine.

Situasi itu mencemaskan pelbagai pihak kerana loji kuasa itu dikhuatiri boleh meletup dan menyebabkan pencemaran radiasi.

Dalam pada itu, seorang guru yang tinggal di kawasan itu berkata, dia melihat tentera Rusia merampas loji nuklear tersebut.

Katanya, tentera Rusia melepaskan tembakan dan melemparkan bom di loji itu pada waktu malam.

“Ia bukan hanya mendatangkan kerisauan di rantau ini, tetapi terhadap Ukraine dan seluruh dunia kerana merupakan loji nuklear terbesar di Eropah.

“Ini adalah serangan pengganas,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya