New Zealand longgar mandat vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

New Zealand longgar mandat vaksin Covid-19

JACINDA ARDERN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Kerajaan New Zealand hari ini mengumumkan mandat vaksin Covid-19 untuk beberapa sektor akan ditarik balik bermula 4 April ini.

Keputusan itu dibuat selepas penularan Covid-19 di negara ini semakin menghampiri kemuncaknya.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata, hanya mereka yang bekerja dengan golongan berisiko, contohnya sektor penjagaan dan kesihatan warga emas serta pekerja di sempadan perlu diberi suntikan vaksin mulai 4 April.

Katanya, pas vaksin juga tidak lagi diwajibkan untuk memasuki restoran, kafe dan tempat awam lain.

Lebih 95 peratus penduduk negara ini yang berusia 12 tahun ke atas sudah menerima dua dos vaksin Covid-19.

New Zealand turut tidak ketinggalan merekodkan kes jangkitan Covid-19 yang tinggi susulan penularan Omicron.

Namun, Ardern menjelaskan, kemuncak Covid-19 di bandar terbesar negara ini, Auckland sudah pun berakhir, manakala negeri lain dijangka berdepan kemuncak sebelum mandat vaksin ditarik balik. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN