Nahas pesawat China Eastern: Kotak hitam kedua ditemukan

Nahas pesawat China Eastern: Kotak hitam kedua ditemukan

PASUKAN penyelamat berjalan di lokasi pesawat China Eastern terhempas di Wuzhou, Guangxi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kotak hitam kedua pesawat MU5735 milik China Eastern Airlines yang terhempas Isnin lalu, berjaya ditemukan hari ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan pesawat itu dilengkapi dua perakam penerbangan, satu di bahagian kabin penumpang belakang bagi menjejaki data penerbangan dan satu lagi perakam suara kokpit.

Rabu lalu, jurucakap pihak berkuasa penerbangan China, Liu Lusong mengesahkan penemuan kotak hitam pertama yang dilengkapi perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR).

Kotak hitam pertama ditemukan Rabu lalu dan dihantar ke Beijing untuk dianalisis dalam beberapa hari.

Kotak hitam kedua mengandungi data seperti kelajuan, ketinggian dan arah pesawat.

Susulan penemuan kedua-dua kotak hitam itu, penyiasat mula mengumpul bukti bagi mengenal pasti punca pesawat berkenaan jatuh lebih 6,000 meter dalam tempoh lebih seminit.

Dalam nahas itu, pesawat Boeing 737-800 berlepas dari bandar Kunming menuju ke Guangzhou sebelum terhempas ke lereng gunung.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya