Nahas pesawat China Eastern: Identiti 120 mangsa dikenal pasti

Nahas pesawat China Eastern: Identiti 120 mangsa dikenal pasti

PASUKAN penyelamat berjalan di lokasi pesawat China Eastern terhempas di Wuzhou, Guangxi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Identiti seramai 120 daripada 132 penumpang pesawat Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines sudah dikenal pasti melalui sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dan semuanya disahkan terkorban. 

Lapor South China Morning Post, berita pesawat MU5735 itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam China, Hu Zhenjiang. 

Jelasnya, identiti mangsa yang sudah dikenal pasti itu melibatkan 114 penumpang dan enam anak kapal.  

Sehingga kini, usaha mencari serpihan, mayat dan kotak hitam kedua masih giat dijalankan menggunakan jengkaut bagi menggali tanah sedalam 20 meter di lokasi kejadian. 

Rabu lalu, jurucakap pihak berkuasa penerbangan China, Liu Lusong mengesahkan penemuan kotak hitam yang dilengkapi perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR). 

Serpihan dan barangan lain dikumpulkan dalam berpuluh-puluh bekas plastik yang dipenuhi lumpur. 

Pihak berkuasa terpaksa menggunakan pam bagi mengalirkan air berlumpur yang berpunca dari hujan lebat di wilayah Guizhou.  

Susulan nahas itu, China Eastern yang merupakan salah satu daripada empat syarikat penerbangan utama China dan anak syarikatnya menghentikan operasi semua pesawat 737-800 melibatkan 223 kapal terbang. 

Syarikat pengangkutan itu memaklumkan tindakan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga dan tidak timbul sebarang isu berbangkit.  

Sebelum ini, syarikat itu menjelaskan pesawat yang terhempas sudah berusia hampir tujuh tahun dan memenuhi semua keperluan kelayakan udara sebelum penerbangan. 

Nahas itu mencetuskan reaksi luar biasa orang ramai termasuk Presiden China, Xi Jinping yang mengarahkan siasatan terhadap punca sebenar kejadian. 

Pihak berkuasa penerbangan turut menjanjikan pemeriksaan menyeluruh dalam tempoh dua minggu. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya