Menteri Luar Ukraine, Rusia tiba di Turki untuk berunding - Utusan Malaysia

Menteri Luar Ukraine, Rusia tiba di Turki untuk berunding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTALYA: Menteri Luar Rusia dan Ukraine dilaporkan tiba di Turki hari ini bagi mengadakan perbincangan secara bersemuka, sekali gus menjadi pertemuan peringkat tertinggi pertama melibatkan kedua-dua negara sejak peperangan berlaku.

Delegasi Rusia dan Ukraine sebelum ini sudah mengadakan rundingan di Belarus, namun tidak menghasilkan pencapaian yang boleh meredakan konflik.

Jurucakap Kementerian Luar Ukraine, Oleg Nikolenko memaklumkan menterinya, Dmytro Kuleba sudah tiba di Antalya bagi ‘menghentikan semua masalah yang timbul’.

Rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov juga sudah tiba untuk menyertai rundingan yang menyaksikan Turki menjadi orang tengah.

Kuleba sebelum ini memaklumkan, kejayaan rundingan itu bergantung kepada persetujuan yang dicapai antara kedua-dua pihak.

“Saya tidak mahu berharap terlalu tinggi, namun kami akan cuba melakukan yang terbaik,” katanya.

Terdahulu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bersungguh-sungguh mahu negara ini menjadi orang tengah dalam rundingan damai Ukraine dan Rusia.

“Kami akan berusaha membantu krisis ini daripada berterusan.

“Kami berharap pertemuan itu akan membuka jalan kepada gencatan senjata yang kekal,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN