Mahu lulus peperiksaan, pelajar implan peranti bluetooth dalam telinga

Mahu lulus peperiksaan, pelajar implan peranti bluetooth dalam telinga

KOLEJ Perubatan Mahatma Gandhi di India - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang pelajar perubatan di India ditahan menipu dalam peperiksaannya dengan menggunakan peranti bluetooth yang diimplan di dalam telinganya untuk mengelakkan daripada dikesan.

Lapor Oddity Central, seramai 78 pelajar menduduki peperiksaan akhir Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di Kolej Perubatan Mahatma Gandhi di India pada 21 Februari lalu.

Bagaimanapun, seorang daripada kumpulan pelajar perubatan itu dikatakan lebih terdesak untuk lulus dalam peperiksaan tersebut sehingga sanggup melakukan perbuatan demikian.

Pelajar perubatan itu sebelum ini sudah gagal berkali-kali dalam peperiksaan akhir sejak beberapa tahun lalu.

“Ia merupakan peluang terakhir bagi pelajar itu untuk lulus dalam peperiksaan dan sehubungan itu, dia sanggup melakukan apa sahaja,” jelas laporan tersebut.

Lelaki itu memutuskan untuk menipu dalam peperiksaan dengan mengimplan peranti bluetooth di dalam telinganya.

Berdasarkan laporan akhbar Hindustan Times, pelajar itu ditangkap oleh sepasukan penyelia ketika melakukan pemeriksaan badan.

Dr. Vivek Sathe menemukan sebuah telefon bimbit yang disorok di dalam poket seluar pelajar itu ketika proses pemeriksaan.

Selepas pemeriksaan, beliau mendapati peranti itu telah dihidupkan dan disambung ke peranti bluetooth

Bagaimanapun, pasukan penyelia itu tidak menemukan sebarang peranti bluetooth pada pelajar berkenaan. 

“Selepas disoal siasat, pelajar perubatan itu mengaku mengimplan bluetooth berwarna kulit di telinganya dan prosedur itu dilakukan oleh pakar bedah telinga, hidung dan tekak (ENT),” jelas laporan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya