Lelaki mengamuk guna pedang samurai didakwa - Utusan Malaysia

Lelaki mengamuk guna pedang samurai didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki yang ditahan kerana mengamuk dengan melibas pedang ke arah orang ramai dan kenderaan di tempat awam, didakwa di mahkamah, hari ini.

Fadhil Yusop, 37, didakwa atas satu pertuduhan menyebabkan kecederaan secara sengaja dengan menggunakan `pedang samurai’ dalam kejadian berlaku di pusat beli belah Buangkok Square.

Fadhil didakwa menyerang Kumarapeli Arachchige Amila Chinthana sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan mangsa mengalami luka di lengan dan bahu kiri.

Fadhil dihadapkan ke mahkamah menerusi sidang video.

Lelaki itu dibawa masuk menggunakan kerusi roda dan berdiri apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Hakim memerintahkan Fadhil direman selama tiga minggu lagi di pusat perubatan di Kompleks Penjara Changi untuk rawatan psikiatri.

Fadhil akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 6 April depan.

Sekiranya didapati bersalah, Fadhil boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun, didenda, disebat atau dikenakan mana-mana hukuman tersebut.

Insiden yang berlaku pada petang Isnin menjadi tular dalam laman media sosial.

Terdahulu, polis memaklumkan menerima banyak panggilan berkaitan insiden seorang lelaki mengayunkan pedang ke arah orang ramai dan kenderaan di tempat awam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN