Koridor kemanusiaan di Ukraine disambung semula - Utusan Malaysia

Koridor kemanusiaan di Ukraine disambung semula

ukraine
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Tentera Rusia akan menghentikan seketika serangan bagi memberi laluan kepada koridor kemanusiaan di beberapa bandar Ukraine, termasuk Kyiv.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, gencatan senjata sementara itu akan dilaksanakan pada pukul 10 pagi waktu Moscow.

“Koridor kemanusiaan akan dibuka di beberapa bandar termasuk Khakiv, Mariupol dan Sumy,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, dua cubaan membawa penduduk keluar dari Mariupol menemukan kegagalan apabila Rusi dan Ukraine saling menuduh melanggar perjanjian gencatan senjata.

Pencerobohan Rusia di Ukraine kini memasuki hari ke-11 dan lebih 1.5 juta penduduk sudah melarikan diri dari negara itu.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyifatkannya sebagai krisis pelarian paling pantas berkembang di Eropah sejak Perang Dunia Kedua. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN