Korea Utara lepaskan tembakan pelancar roket jarak dekat

Korea Utara lepaskan tembakan pelancar roket jarak dekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara didakwa melancarkan pelancar roket jarak dekat hari ini, ketika ketegangan semakin memuncak dengan Korea Selatan selepas siri pelancaran peluru berpandu yang lebih besar.

Tentera Korea Selatan berkata, walaupun senjata tersebut kurang mendapat perhatian berbanding peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), beberapa jenis sistem roket pelbagai pelancaran baharu dipaparkan oleh Korea Utara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketua Kakitangan Bersama Korea Selatan berkata, pihak tentera memantau perkembangan terkini dan sentiasa berada dalam keadaan siapsiaga.

“Pagi ini terdapat beberapa tembakan pelancar roket dilepaskan di Korea Utara.

“Sebanyak empat tembakan dilepaskan Korea Utara sekitar pukul 7.20 pagi selama sejam menyasarkan pantai barat dari lokasi yang tidak diketahui di wilayah Pyongan Selatan,” katanya lapor Agensi Berita Yonhap.

Susulan itu, Majlis Keselamatan Negara Korea Selatan mengadakan mesyuarat tergempar timbalan menteri mengenai pelancaran itu.

Tahun lalu, Korea Selatan meluluskan rancangan meneruskan sistem pemintasan artileri bernilai AS$2.6 bilion (RM10.9 bilion) menyerupai ‘Iron Dome’ milik Israel.

Senjata pertahanan itu direka bagi melindungi negara daripada senjata api dan roket jarak jauh Korea Utara.

Kira-kira separuh daripada 52 juta penduduk Korea Selatan tinggal di ibu kota Seoul dan kawasan sekitar yang berada dalam lingkungan senjata jarak jauh negara jiran.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN