Ketua Polis Negara minta harga minyak masak dipantau

Ketua Polis Negara minta harga minyak masak dipantau

LISTYO SIGIT PRABOWO melawat kilang pemprosesan minyak masak di PT Smart, Rungkut, Surabaya, Jawa Timur.-KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURABAYA: Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo mengarahkan semua ketua polis wilayah melakukan pemeriksaan setiap hari mengenai bekalan minyak masak di semua pasar raya. 

Lapor Kompas.com, pemeriksaan itu perlu dijalankan lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba.

Katanya, usaha itu bagi memastikan bekalan dan harga minyak masak yang dijual terkawal di pasaran. 

“Pengawasan dan pemantauan ini penting bagi memberi jaminan kepada masyarakat harga minyak masak terjamin dan dijual dengan Harga Runcit Tertinggi yang ditetapkan oleh pihak kerajaan

“Oleh itu, orang ramai tidak perlu panik dan perlu kekal tenang,” katanya. 

Arahan itu disampaikan selepas beliau melakukan lawatan ke kilang pemprosesan minyak masak di PT Smart, Rungkut, Surabaya, Jawa Timur, Sabtu lalu. 

Sigit juga meminta pembekal dan pengedar minyak masak dapat memenuhi keperluan bekalan asas itu terutamanya ketika menjelang ibadah puasa kelak. 

Semasa lawatan ke Surabaya itu, beliau dimaklumkan pihak pengilang mampu menghasilkan sebanyak 250 tan minyak masak bagi memenuhi keperluan penduduk di Jawa Timur. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN