Kes Covid-19 Indonesia menurun, sudah lepasi kemuncak Omicron

Kes Covid-19 Indonesia menurun, sudah lepasi kemuncak Omicron

Pesakit Covid-19 yang diwadkan kini meningkat kepada 551 orang berbanding kelmarin, 522 orang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia menyatakan kes jangkitan harian Covid-19 mula menurun sejak tiga minggu lalu, malah beberapa daerah sudah melepasi kemuncak penularan varian Omicron.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi berkata, kes jangkitan aktif menurun sebanyak 10 peratus atau 19,200 iaitu dari 573,898 kes kepada 554,698 kes semalam.

“Sejumlah daerah dan wilayah juga melaporkan penurunan kes jangkitan harian serta jumlah kemasukan pesakit ke hospital sejak tiga minggu lalu.

“Antara daerah itu termasuk Jakarta, Banten, Bali, Maluku, Papua dan Nusa Tenggara Barat,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Selain itu, kementerian kesihatan juga memantau penurunan kes di beberapa wilayah sejak seminggu lalu iaitu Jawa Barat, Jawa Timur, Jawa Tengah dan Kalimantan Selatan.

Jelas beliau, secara keseluruhannya, situasi Covid-19 di Indonesia bertambah baik dan kawasan yang padat dengan penduduk juga sudah melepasi kemuncak penularan.

“Jumlah kemasukan pesakit juga menunjukkan trend penurunan dan situasi ini sedikit melegakan pihak berkuasa kesihatan.

“Bila kes jangkitan menurun, jumlah kemasukan pesakit ke hospital juga akan menurun dengan sendirinya,” ujarnya.

Sementara itu, Siti Nadia menegaskan kerajaan akan meneruskan program vaksinasi secara besar-besaran termasuk suntikan dos penggalak Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya