Kebakaran di loji nuklear terbesar Eropah berjaya dipadam - Utusan Malaysia

Kebakaran di loji nuklear terbesar Eropah berjaya dipadam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Kebakaran di loji nuklear terbesar Eropah akibat diserang tentera Rusia berjaya dipadamkan oleh bomba Ukraine.

Loji nuklear Zaporizhzhia mengalami kerosakan dan terbakar akibat terkena bedilan tentera Rusia.

Situasi itu mencemaskan pelbagai pihak kerana loji kuasa itu dikhuatiri boleh meletup dan menyebabkan pencemaran radiasi.

Namun, pemantauan yang dilakukan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memaklumkan tahap radiasi di loji tersebut tidak berubah.

Selain itu, kemudahan asasnya juga tidak terjejas akibat serangan berkenaan.

Terdahulu, Kementerian Luar Ukraine menggesa tentera Rusia menghentikan serangan di loji nuklear Zaporizhzhia selepas stesen jana kuasa itu terbakar.

Menterinya, Dmytro Kuleba menegaskan, jika loji itu meletup, kesannya 10 kali lebih teruk berbanding Chernobyl.

“Sehubungan itu, Rusia perlu menghentikan serangan dan memadam kebakaran di loji itu dengan segera kerana kita tidak mahu masalah lebih besar berlaku,” katanya.

Ketua Pengarah IAEA, Rafael MGrossi turut memberi amaran ‘situasi tidak terkawal’ boleh berlaku sekiranya Rusia tidak menghentikan serangan di loji tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya