Kapal pengangkut USS Kitty Hawk jadi besi buruk, bakal dilupuskan

Kapal pengangkut USS Kitty Hawk jadi besi buruk, bakal dilupuskan

KAPAL pengangkut USS Kitty Hawk - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat (AS) yang pernah menjadi lambang terbesar kuasa tentera AS di Indo-Pasifik, kini dalam perjalanan menuju ke tapak pelupusan.

Lapor CNN, USS Kitty Hawk pernah diuji dalam pelbagai pertempuran dari Vietnam hingga ke Teluk Parsi.

Malah, kapal pengangkut itu terselamat daripada insiden pertembungan dengan kapal selam Soviet. 

“Zaman kegemilangan USS Kitty Hawk yang dihasilkan pada 1960 kini sudah berakhir.

“Kapal pengangkut itu dalam perjalanan dari Washington ke Texas, kira-kira 25,749 kilometer (km) yang mana ia akan dipotong dan bahagiannya dijual,” jelas laporan itu.

International Shipbreaking Limited of Brownsville di Texas membeli kapal itu daripada Naval Sea Systems Command (NAVSEA) pada tahun lalu dengan harga kurang daripada AS$1 (RM4.18).

NAVSEA bertanggungjawab menyelia pelupusan kapal perang yang sudah ‘bersara’.

USS Kitty Hawk sepanjang 319 meter itu dikatakan terlalu besar untuk melalui Terusan Panama.

“Oleh hal yang demikian, dalam beberapa bulan akan datang, USS Kitty Hawk akan berlayar di sepanjang pantai Amerika Selatan dan melalui Teluk Mexico sehingga ke destinasi terakhir,” jelas laporan itu.

USS Kitty Hawk sudah berkhidmat dengan Tentera Laut AS selama hampir 50 tahun sebelum ditamatkan operasi pada 2009.

USS Kitty Hawk merupakan kapal pengangkut pesawat terakhir yang menggunakan minyak, peninggalan zaman sebelum ketibaan kapal kelas Nimitz berkuasa nuklear.     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya