‘Kalau mati kami nak lihat mayatnya’

‘Kalau mati kami nak lihat mayatnya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Pemergian ahli keluarga terdekat sememangnya meninggalkan kesan besar apatah lagi maut disebabkan pesawat yang dinaiki terhempas.

Puluhan saudara-mara mangsa tidak dapat menahan kesedihan dan meratap pemergian ahli keluarga mereka selepas pesawat pesawat Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines dinaiki terhempas di kawasan pergunungan berhampiran bandar Wuzhou di wilayah Guangxi, Isnin lalu.

Lapor South China Morning Post, ada ahli keluarga dilihat berdiri di belakang meja kayu dengan meletakkan bunga kekwa kuning dan putih, serta lilin yang dibakar sebagai penghormatan terhadap mangsa.

Suasana bertukar pilu apabila ada individu dilihat memanggil saudara mereka ‘pulang’, walaupun kebarangkalian hidup adalah mustahil apatah lagi menemukan jasad lengkap setiap mangsa.

Ada ahli keluarga penumpang dilihat membawa payung dan memakai baju hujan sambil membantu antara satu sama lain mengekalkan keseimbangan di laluan pergunungan berlumpur selepas hujan melanda kawasan itu.

Hujan lebat menyebabkan usaha mencari dan menyelamat mangsa terhalang selepas timbul kebimbangan mengenai tanah runtuh.

Laluan tersebut hanya dibenarkan oleh kerajaan tempatan selepas ahli keluarga merayu untuk melalilan penghormatan terakhir kepada 132 penumpang pesawat.

Rabu lalu, pihak berkuasa meminta pihak hotel menyediakan bilik hotel kepada ahli keluarga mangsa yang diuruskan oleh kerajaan tempatan.

Zhang Xu, bapa kepada seorang pelajar universiti berusia 18 tahun berkata, anaknya menaiki penerbangan ke Kunming, minggu lalu.

“Kalau hidup kami hendak lihat tubuh mereka, kalau mati kami hendak lihat mayatnya,” katanya.

Di lokasi kejadian, pihak berkuasa menemukan beberapa dompet dan telefon bimbit yang bertebaran di dalam lumpur berdekatan Wuzhou di wilayah Guangxi Zhuang.

Namun, selepas berhari-hari usaha pencarian dilakukan, pemilik barangan tersebut gagal dikenal pasti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.