MOSCOW: Presiden Vladimir Putin menggesa negara-negara jiran Rusia supaya tidak meningkatkan lagi ketegangan ketika konflik Moscow-Kyiv semakin meruncing.
Gesaan itu dibuat pada hari ke lapan selepas Moscow mengerahkan pasukan tenteranya ke Ukraine.
Putin turut menasihatkan negara-negara jirannya untuk tidak mengenakan sebarang sekatan.
“Tiada niat jahat terhadap negara jiran. Saya hanya mahu menasihati mereka agar tidak memperbesarkan situasi ini dan jangan memperkenalkan sebarang sekatan.
“Kami akan memenuhi semua tanggungjawab dan akan terus menunaikannya,” katanya dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen.
Tegas Putin, tiada keperluan untuk mengeruhkan atau memburukkan lagi hubungan Rusia dengan negara-negara jirannya.
“Semua tindakan kami tercetus sebagai respons terhadap beberapa tindak balas tidak mesra dan terhadap Persekutuan Rusia,” katanya.
Ucapan Putin itu disiarkan secara langsung dari kediamannya di luar Moscow ketika menghadiri upacara menaikkan bendera di utara Rusia. – REUTERS