Jangan paksa China kutuk Rusia - Wang Yi - Utusan Malaysia

Jangan paksa China kutuk Rusia – Wang Yi

WANG YI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: China menyifatkan negara ini ‘berdiri pada tempat yang sepatutnya’ berhubung krisis di Ukraine dan menolak sebarang paksaan mahu pun tekanan yang boleh menjejaskan negara ini.

Penegasan itu dibuat oleh Menteri Luar China, Wang Yi selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi amaran kepada Presiden Xi Jinping bahawa negara ini akan menerima akibatnya jika terus menyokong Rusia.

Menerusi panggilan video, Jinping menegaskan perang di Ukraine perlu dihentikan segera dan mendesak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengadakan dialog dengan Moscow.

Namun, Jinping tidak sesekali menyalahkan Rusia atas serangan yang berlaku di Ukraine.

Sehubungan itu, Wang Yi menyatakan, mesej yang cuba disampaikan oleh Jinping adalah China sentiasa berusaha mengekalkan keamanan global.

“Kami sentiasa mengalu-alukan keamanan dan menentang peperangan.

“Kedudukan China ketika ini adalah sewajarnya, sama seperti negara lain.

“Masa akan menentukan bahawa China berada di pihak yang betul,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Timbalan Menteri Luar China. Le Yucheng menyifatkan sekatan yang dikenakan Barat terhadap Rusia sebagai ‘melampau’. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN