RIAU: Jakarta mahu menjadi tuan rumah salah satu penganjuran siri perlumbaan dunia Formula 1 atau F1 di Bintan, Kepulauan Riau.
Lapor Tribunnews, pembinaan litar itu telah bermula sejak 17 Mac lalu dan dianggarkan siap pada 2024.
Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Uno berkata, pembinaan litar itu menggunakan dana persendirian sepenuhnya dan tidak menggunakan Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara (APBN) atau Anggaran Pendapatan dan Belanja Daerah (APBD).
Jelasnya, litar F1 akan dibangunkan melibatkan kos 1.2 trilion rupiah (RM352 bilion).
“Kita akan membuat penyelarasan dengan Persatuan Permotoran Indonesia (IMI) untuk menganjurkan F1.
“Terdapat juga keinginan untuk kami menjadi tuan rumah F1, sementara kami menjalankan langkah persediaan dan akan menyemak dengan IMI.
“F1 ini berdasarkan perbincangan dengan IMI yang akan diselenggarakan di Litar Antarabangsa Bintan,” jelasnya.
Sandiaga berkata, pihak kementerian bersama IMI berhasrat meningkatkan pelaburan daripada sektor swasta berdasarkan kejayaan acara perlumbaan motosikal antarabangsa, MotoGP di Mandalika.