G20: Indonesia, China tolak desakan singkirkan Rusia

G20: Indonesia, China tolak desakan singkirkan Rusia

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semasa Sidang Kemuncak Pemimpin Dunia G20 di Osaka, Jepun pada 28 Jun 2019. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia dan China menyokong penyertaan Rusia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Dunia G20 biarpun mendapat tentangan daripada negara anggota lain.

Malah, Presiden Vladimir Putin merancang untuk menyertai sidang kemuncak tersebut, sekali gus menolak dakwaan negara itu akan dikecualikan.

Terdahulu, Amerika Syarikat (AS) memaklumkan pihaknya akan berunding dengan sekutu mengenai penyertaan Rusia dalam sidang kemuncak tersebut.

Barat ketika ini cuba meningkatkan tekanan terhadap Rusia susulan pencerobohan di Ukraine.

Duta Rusia ke Indonesia, Lyudmila Vorobieva berkata, Jakarta sebagai tuan rumah sudah pun menjemput Putin untuk menghadiri sidang kemuncak tersebut yang akan berlangsung pada November ini di Bali.

“Bergantung kepada keadaan semasa, termasuk situasi Covid-19, namun setakat ini, Putin merancang untuk menghadiri sidang kemuncak tersebut.

“Banyak pihak, terutamanya Barat cuba menyingkirkan Rusia daripada organisasi dunia, termasuk G20, namun perkara itu bukan ‘mudah dilakukan’,” katanya.

Dalam pada itu, Vorobieva menyatakan, Rusia menghargai ‘pendekatan tegas’ Indonesia yang tetap menjemput Rusia ke sidang kemuncak tersebut.

Jakarta sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa sidang kemuncak itu bertujuan menyelesaikan masalah ekonomi global.

China turut menolak desakan Barat untuk menghalang penyertaan Rusia dalam sidang kemuncak tersebut.

“G20 adalah forum utama untuk kerjasama ekonomi antarabangsa.

“Rusia merupakan anggota penting dan tiada negara anggota mempunyai hak untuk menyingkir mana-mana negara,” jelas jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya