Empat sekeluarga maut dipercayai terjun apartmen - Utusan Malaysia

Empat sekeluarga maut dipercayai terjun apartmen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SWITZERLAND: Empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas dilaporkan jatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen berhampiran Casino Barriere di bandar Montreux.

Lapor Metro, pihak polis mengenal pasti mangsa yang terbunuh sebagai lelaki berusia 40 tahun, isterinya, 41, adik kembar dan anak perempuan pasangan tersebut.

Pihak berkuasa memaklumkan mangsa kelima yang merupakan anak lelaki kepada pasangan tersebut berusia 15 tahun berada di hospital dan dilaporkan dalam keadaan serius.

“Kesemua mangsa merupakan rakyat Perancis. Ketika kejadian, pegawai polis cuba mengeluarkan waran berkaitan persekolahan di rumah seorang kanak-kanak,” katanya.

Akhbar tempatan, Switzerland Blick memetik kenyataan seorang pegawai polis yang mendakwa kelima-lima mangsa terjun dari bangunan tersebut.

Jiran mangsa pula memaklumkan, keluarga tersebut tinggal bersama dua remaja dan seorang warga emas di apartmen itu.

“Kami tidak dengar apa-apa dari rumah mereka,” kata jiran, Claude Rouiller.

Jurucakap polis bandar itu, Alexandre Bisenz berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan punca sebenar kejadian kerana kes masih dalam siasatan.

“Kehadiran orang lain di apartmen ini boleh dikecualikan semasa peringkat penyiasatan ini.

“Seorang saksi menghubungi pihak polis bagi melaporkan insiden penduduk jatuh dari balkoni sebuah apartmen,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN