Elon Musk ramal manusia jejak planet Marikh 2029

Elon Musk ramal manusia jejak planet Marikh 2029

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Pemilik kapal angkasa SpaceX, Elon Musk meramalkan manusia dapat menjejakkan kaki ke planet Marikh paling awal pada 2029.

Ketua Pegawai EKsekutif Tesla itu memberikan maklum balas ciapan Twitter yang bertanyakan ramalan mengenai perkara itu selepas manusia kali pertama menjejakkan kaki ke bulan 1969.

Isnin lalu, seorang pengguna Twitter memuat naik gambar menunjukkan kapal angkasa Apollo 11 Moon yang mendarat di bulan 1969 serta gambar bayangan manusia di planet Marikh tanpa tahun dinyatakan.

Menerusi gambar itu, pengguna media sosial menyebut nama Musk dan meminta ramalannya.

Musk membalas ciapan itu Rabu lalu dengan menulis ‘2029’.

Hartawan terkemuka itu sebelum ini sering menyatakan rancangannya untuk menjelajah planet Marikh.

Bilionair itu sering membuat ramalan mengenai jangkaan manusia akan mendarat di planet itu.

Pada 2016, beliau berkata, sekiranya semua mengikut perancangan, manusia dapat dihantar ke planet itu pada 2024 dan dijangka tiba 2025.

Pada 2020, Musk berkata, dia berharap dapat membina 1,000 kapal angkasa SpaceX selama 10 tahun bagi menghantar sejuta manusia ke planet itu sehingga 2050.

Tahun lalu, Musk menarik balik ramalan awalnya dan penuh yakin SpaceX akan menghantar manusia pertama ke Marikh 2026.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.