PAPUA: Sekurang-kurangnya dua maut dan beberapa yang lain cedera semasa demonstrasi menentang wilayah autonomi baharu di Papua.
Kedua-dua mangsa mati selepas ditembak anggota polis dan mangsa yang cedera turut melibatkan pasukan keselamatan.
Demonstrasi dalam keadaan aman itu berlangsung selama tiga jam di daerah Yahukimo.
Namun, berlaku pergeseran di antara peserta protes sehingga mencetuskan provokasi dan menyebabkan bangunan dibakar berdekatan kawasan protes.
Beberapa peserta pula dilihat mula menyerang anggota polis.
Jurucakap Polis Papua, Ahmad Musthofa Kamal berkata, keadaan berjaya dikawal sepenuhnya dan pihaknya merancang untuk meletakkan lebih ramai anggota polis.
Konflik antara Orang Asli Papua dengan pihak berkuasa merupakan perkara biasa di wilayah itu.-AP











