China pula mahu jadi pendamai Rusia-Ukraine - Utusan Malaysia

China pula mahu jadi pendamai Rusia-Ukraine

SEBUAH bangunan musnah berhampiran Kharkiv akibat serangan Rusia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Menteri Luar China, Wang Yi hari ini menekankan hubungan negara ini dengan Rusia masih utuh biarpun komuniti antarabangsa mengutuk serangan Moscow di Ukraine.

Katanya, China bersedia menjadi orang tengah untuk meredakan konflik yang berlaku antara Rusia dan Ukraine.

“Hubungan persahabatan Rusia dan China masih kekal utuh dan kerjasama kedua-dua negara juga berkembang maju.

“Dalam pada masa yang sama, China juga bersedia untuk bekerjsama dengan komuniti antarabangsa bagi melakukan rundingan damai Rusia-Ukraine,” katanya.

Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrel pada minggu lalu menyatakan China sepatutnya menjadi pendamai dalam rundingan antara Rusia dan Ukraine kerana Barat tidak mampu ‘memikul tanggungjawab tersebut’.

Beijing sebelum ini menegaskan pendiriannya untuk tidak mengecam tindakan Rusia.

Sebaliknya menggesa Moscow dan Kyiv mencapai penyelesaian segera.

Selain itu, Wang memaklumkan China akan menghantar bantuan kemanusiaan ke Ukraine. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN