Remaja 15 tahun mati lemas di Sungai Kampung Peta

Remaja 15 tahun mati lemas di Sungai Kampung Peta

ANGGOTA bomba melaksanakan operasi SAR melibatkan seorang remaja berusia 15 tahun yang lemas di Sungai Kampung Peta, Mersing, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang remaja berusia 15 tahun ditemukan mati lemas di dasar sungai pada kedalaman kira-kira 20 kaki di Sungai Kampung Peta di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Adam Haziq Muhammad Hazriq ditemukan pada pukul 12.41 tengah hari tadi.

Katanya, polis menerima laporan kehilangan mangsa pada pukul 5.55 petang, semalam selepas mandi-manda bersama rakan-rakannya.

“Mangsa ditemukan oleh anggota penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada kedalaman kira-kira 20 kaki, kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas.

“Mayat dibawa ke Hospital Mersing untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Sahrel Anuar Mawarday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 9.24 malam semalam.

Katanya, enam anggota dibantu sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 135 kilometer.

“Anggota tiba pada pukul 11.45 malam, perbincangan bersama keluarga mangsa dibuat sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada pukul 9 pagi hari ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN