MEDAN: Sekurang-kurangnya dua maut dan 26 lagi hilang selepas sebuah bot yang membawa puluhan pendatang tanpa izin karam di luar pantai Indonesia.
Bot nelayan kayu itu membawa 89 penumpang ketika berlepas ke Malaysia melalui laluan yang tidak dikawal dan mula mengalami kebocoran tidak lama selepas itu.
Bot tersebut kemudiannya dibadai imbak kuat sehingga menyebabkannya terbalik dan karam.
Seorang penumpang lelaki dan wanita ditemukan maut, manakala 61 lagi diselamatkan dan dibawa ke hospital serta selebihnya masih belum ditemukan.
“Pasukan keselamatan sudah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.
“Namun setakat ini, tiada mangsa ditemukan,” kata ketua pasukan kecemasan, Ady Pandawa.
Jelasnya, penumpabg bot berkenaan berasal dari seluruh Indonesia dan mereka dalam perjalanan ke Malaysia untuk mencari pekerjaan.
Ady tidak menolak kemungkinan bot itu mengalami kebocoran kerana jumlah penumpang melebihi kapasiti.
Pada Januari lalu, enam wanita Indonesia lemas di pantai Malaysia selepas bot mereka karam semasa cubaan memasuki negara itu secara haram.
Sebulan sebelum itu, 21 pendatang tanpa izin Indonesia juga terkorban selepas bot mereka karam. – AFP