Bot bawa 114 pelarian Rohingya tiba di Aceh - Utusan Malaysia

Bot bawa 114 pelarian Rohingya tiba di Aceh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDA ACEH: Sebuah bot dinaiki lebih 100 pelarian etnik Rohingya yang dalam keadaan lapar dan penat mendarat du bahagian utara wilayah Aceh hari ini.

Kumpulan pelarian itu tiba di pantai Jangka berhampiran Alue Buya Pasi iaitu sebuah perkampungan nelayan di daerah Bireuen pada awal pagi ini selepas terkandas di lautan selama beberapa minggu.

Kehadian pelarian itu disedari penduduk kampung dan membantu mereka dengan memberi makanan serta air sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa.

Ketua kampung itu, Badruddin Yunus berkata, kesemua 114 pelarian itu kelihatan lesu dan dehidrasi akibat terkandas di laut dalam tempoh yang lama.

“Kami belum dapat pastikan ke mana arah tujuan mereka, sama ada ke negara ini atau ke Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, pelarian yang terdiri daripada 58 lelaki, 21 wanita dan 35 kanak-kanak itu diberikan tempat perlindungan sementara dan akan diuruskan pihak berkuasa. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN