GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihati Ukraine supaya memusnahkan patogen membawa ancaman tinggi yang disimpan dalam makmal kesihatan awam negara itu.
Lapor Reuters, langkah itu bertujuan mengelakkan sebarang ‘risiko kebocoran’ yang boleh mengakibatkan penularan penyakit.
Sejumlah pakar keselamatan biologi sebelum ini memberi amaran, serangan tentera Rusia di beberapa pusat kemudahan kesihatan boleh meningkat risiko kebocoran patogen penyebab penyakit.
Ukraine dilaporkan mempunyai makmal kesihatan awam yang menjalankan penyelidikan bagi menangani ancaman penyakit berbahaya terhada manusia dan haiwan, serta Covid-19.
Dalam pada itu, WHO memaklumkan pihaknya menjalin kerjasama dengan makmal kesihatan awam Ukraine sejak beberapa tahun lalu.
Sementara itu, pihak berkuasa Ukraine belum memberi maklum balas mengenai permintaan WHO tersebut. – REUTERS