Bekas ketua pembangkang Kemboja dihukum penjara 10 tahun - Utusan Malaysia

Bekas ketua pembangkang Kemboja dihukum penjara 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Mahkamah Kemboja hari ini mengenakan hukuman penjara kepada bekas pemimpin parti pembangkang yang hidup dalam buangan, Sam Rainsy selama 10 tahun bagi kesalahan cuba menggulingkan Perdana Menteri Hun Sen.

Rainsy menetap di Perancis sejak 2015 bagi mengelak dipenjara berhubung beberapa pendakwaan melibatkan politik, termasuk hukuman penjara selama 25 tahun yang diputuskan pada Mac tahun lalu.

Selain Rainsy, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara terhadap enam pemimpin kanan pembangkang selama 10 tahun dan 13 aktivisi dipenjara lima tahun.

Berlaku sedikit kekecohan di luar mahkamah selepas keputusan dibacakan, selain ahli keluarga menzahirkan rasa tidak puas hati.

“Keputusan ini tidak adil. Saya sangka suami saya akan dibebaskan hari ini. Tolanglah komuniti antarabangsa bebaskan semua yang didakwa,” kata seorang ahli keluarga tertuduh.

Rainsy sebelum ini merancang untuk pulang ke Kemboja pada 2019 dan mengajak rakyat menggulingkan Hun Sen.

Sekurang-kurangnya 150 ahli parti pembangkang dan aktivisi dibicarakan atas kesalahan menghasut kerana berkongsi propaganda Rainsy untuk gulingkan Hun Sen.

Hun Sen merupakan antara pemimpin paling lama berkhidmat di dunia iaitu melebihi 30 tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN