Anak individu terkaya Thailand langgar mati pelarian Pakistan

Anak individu terkaya Thailand langgar mati pelarian Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki yang merupakan anak kepada pegawai tertinggi polis dan juga antara individu terkaya di Thailand didakwa melanggar mati seorang pelarian warga Pakistan ketika memandu kereta jenis Porsche, di sini kelmarin.

Lapor Bangkok Post, lelaki itu yang dikenali sebagai Pornmet Songmetta, 29, membuat laporan polis selepas dia mendapatkan rawatan bagi kecederaan di kepala dan muka berikutan kemalangan terbabit.

Pornmet mengaku dia menukar laluan secara terburu-buru ketika memandu berhampiran Jambatan Thaksin kira-kira pukul 1 pagi kelmarin sehingga melanggar mangsa.

Dalam pada itu, polis kini menunggu keputusan ujian tahap alkohol dan darah Pornmet, serta pemeriksaan kesihatannya.

Polis memaklumkan, pelarian itu dikenali sebagai Waseem Ahmad berusia 40 tahun.

Ketika dilanggar, Waseem menunggang motosikal di lokasi kejadian dan lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Sehubungan itu, Pornmet mungkin didakwa memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

Pornmet merupakan eksekutif di sebuah syarikat tenaga boleh diperbaharui yang menyaksikan keluarganya merupakan pemegang saham terbesar.

Sehingga November 2019, majalah Forbes menganggarkan nilai kekayaan bapanya, Wirachai Songmetta adalah sebanyak AS$585 juta (RM2.5 bilion), sekali gus menjadi antara individu terkaya di Thailand.

Wirachai pernah digantung tugas dalam pasukan polis Thailand pada 2020 selepas satu rakaman perbualan telefon yang memburukkan reputasi polis dibocorkan.

Dalam rakaman tersebut, Wirachai diminta ‘menutup kes tembakan’ yang ketika itu mendapat perhatian pelbagai pihak sebelum dia dibenarkan berkhidmat semula pada Julai tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN