Ahli Parlimen Britain mahu Zelenskyy diberikan gelaran kesatria kehormat

Ahli Parlimen Britain mahu Zelenskyy diberikan gelaran kesatria kehormat

VOLODYMYR ZELENSKYY berswafoto dengan tentera Ukraine yang cedera di Hospital Tentera Kyiv. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ahli Parlimen Britain menyokong pemberian gelaran kesatria kehormat kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sebagai mengiktiraf pengorbanan beliau mempertahankan negara.  

Lapor Daily Mail, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson digesa memberikan gelaran tersebut sebagai bantahan negara ini terhadap pencerobohan Rusia di Ukraine.  

Difahamkan, Ratu Britain boleh menganugerahkan gelaran kesatria kehormat kepada warga bukan Britain sebagai mengiktiraf sumbangan mereka kepada United Kingdom dan dunia. 

Anugerah itu secara teknikalnya tidak bermakna seseorang individu dirujuk sebagai ‘Sir’ melainkan berada di negara Komanwel. 

Ahli Parlimen Tory, Bob Seely berkata, Zelenskyy adalah contoh pemimpin sebenar kerana memberikan harapan kepada penduduk di negaranya. 

“Zelensky adalah pemimpin inspirasi yang menjadi sasaran Vladimir Putin. Beliau perlu diberikan penganugerahan itu,” katanya. 

Ahli Parlimen lain, Michael Fabricant turut senada dan percaya anugerah itu perlu diberikan atas karisma Zelensky sebagai seorang pemimpin. 

“Zelenskyy menjadi simbol penentangan di Kyiv sejak pencerobohan bulan lalu. 

“Apabila ditawarkan peluang oleh Barat untuk meninggalkan ibu negara, beliau sebaliknya menegaskan hanya memerlukan ‘peluru dan bukannya jalan keluar’,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN