Warga emas 103 tahun tersilap diberi dos keempat vaksin - Utusan Malaysia

Warga emas 103 tahun tersilap diberi dos keempat vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura sedang menjalankan siasatan menyeluruh selepas seorang wanita berusia 103 tahun tersilap diberi suntikan dos keempat vaksin Covid-19.

Lapor berita.mediacorp, wanita itu merupakan penghuni di Rumah Jagaan ECON Healthcare yang diberikan suntikan tersebut oleh sebuah pasukan vaksinasi bergerak dari Klinik Perubatan PanCare, Disember lalu.

Warga emas itu meninggal dunia sebulan selepas itu.

Vaksin tersebut kemungkinan tersilap diberikan akibat kelemahan dalam prosedur vaksinasi dan komunikasi antara rumah jagaan dengan penyedia khidmat perubatan yang mengendalikan vaksinasi itu.

“Wanita itu sebelum ini sudah menerima tiga suntikan vaksin Covid-19, dan tersilap diberikan dos keempat 13 Disember lalu.

“Pada 16 Disember, dia dimasukkan ke Hospital Besar Changi selepas mengalami radang paru-paru dan hiponatremia dan diserang angin ahmar,” kata kementerian dalam kenyataan.

Pihak kementerian menjelaskan punca utama kematian wanita itu disebabkan oleh radang paru-paru dengan faktor penyumbang lain iaitu strok dan penyakit arteri koronari.

“Koroner belum menentukan punca kematian wanita itu sama ada mempunyai kaitan dengan vaksinasi tersebut,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN