JAKARTA: Seorang pejalan kaki meninggal dunia selepas digilis bas TransJakarta di Perhentian Bas Tanjung Priok, Jakarta Utara.
Lapor Tribunnews, Ketua Sub Direktorat Gakkum Ditlantas Polis Metro Jaya, Arga Dija berkata, kejadian berpunca akibat jalan licin sehingga menyebabkan mangsa terjatuh sebelum digilis bas tersebut.
Katanya, hasil siasatan juga mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan di bahagian punggung.
“Bas tersebut dalam perjalanan dari barat ke timur di Jalan Tanjung Priok.
“Setibanya di perhentian bas itu, mangsa yang sedang menunggu bas mengetuk pintu pemandu dan bertanyakan sekiranya bas tersebut ke Kebayoran,” katanya.
Arga berkata, selepas bertanyakan soalan tersebut, mangsa berjalan ke arah belakang bas itu.
Namun, mangsa terjatuh akibat jalan licin dan ketika itu bas tersebut menggilis badan mangsa.











