Vietnam longgar sekatan Covid-19 untuk penerbangan antarabangsa - Utusan Malaysia

Vietnam longgar sekatan Covid-19 untuk penerbangan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Vietnam akan melonggarkan sekatan Covid-19 terhadap penerbangan antarabangsa untuk kemasukann pelancong yang sudah lengkap vaksinasi bermula esok.

Pintu sempadan negara ini sudah ditutup sejak Mac 2020 akibat pandemik Covid-19.

Pihak berkuasa mula melonggarkan sekatan Covid-19 secara berperingkat dalam tempoh beberapa bulan lalu.

“Bermula selasa ini, Vietnam akan melonggarkan sekatan terhadap penerbangan antarabangsa.

“Pengembara yang masuk ke negara ini perlu lengkap vaksinasi dan menjalani kuarantin selama tiga hari di rumah mahupun hotel,” menurut pihak berkuasa penerbangan awam negara ini.

Lebih 90 peratus penduduk dewasa di negara ini sudah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Vietnam merekodkan kira-kira 20,000 kes jangkitan harian baharu dan mencatatkan hampir 39,000 kematian akibat virus maut tersebut sejak pandemuk bermula. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya