Tidak mampu tangani serangan Rusia, Ukraine menyerah kalah? - Utusan Malaysia

Tidak mampu tangani serangan Rusia, Ukraine menyerah kalah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Beberapa jam selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan serangan terhadap Ukraine, negara ini akhirnya ‘mengaku kalah’.

Penasihat Presiden Ukraine, Mykhailo Podoliak berkata, pasukan tentera negara ini bertungkus-lumus menentang serangan tentera Ukraine namun mereka sudah ‘tidak berdaya’.

“Kita sudah kalah. Di beberapa tempat, tentera Rusia sudah berkuasa,” katanya tanpa memberi penjelasan lanjut.

Terdahulu, pasukan tentera darat Rusia dilaporkan memasuki Ukraine daripada pelbagai arah.

Sejumlah kereta kebal milik Rusia dan beberapa aset ketenteraan memasuki sempadan Ukraine di kawasan utara negara ini, termasuk dari Crimea di selatan.

Pasukan tentera sempadan Ukraine mendakwa, seorang daripada anggota mereka maut dalam pertempuran dengan Rusia. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN