Thailand perkenal aplikasi daftar untuk penanam ganja - Utusan Malaysia

Thailand perkenal aplikasi daftar untuk penanam ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand bakal memperkenalkan sebuah aplikasi telefon pintar bagi membolehkan mana-mana individu yang ingin menanam ganja, melakukan pendaftaran dengan mudah.   

Lapor thethaiger.com, Menteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul berkata, para penanam perlu berdaftar dalam aplikasi itu dan kemudian pegawai akan melawat taman atau ladang untuk melakukan pemeriksaan.

Charnvirakul yang juga Timbalan Perdana Menteri dan ketua parti Bhumjaithai memaklumkan aplikasi itu diperkenalkan agar proses pendaftaran tidak menjadi terlalu sukar.

Setakat ini, laporan tidak menyatakan bahawa ekspatriat layak untuk menanam ganja.

Bulan lalu, Lembaga Kawalan Narkotik Thailand meluluskan langkah Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan ganja daripada senarai dadah terkawal.

Ketika ini, ganja dengan kesan tetrahydrocannabinol (THC) tinggi yang melebihi 0.2 peratus masih diklasifikasikan sebagai narkotik Kategori 5.

Satu rang undang-undang mengenai peraturan penggunaan ganja sudah dikemukakan kepada Parlimen minggu lalu.

Menurut Charnvirakul, ia membolehkan bahagian tumbuhan itu digunakan dalam makanan dan minuman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN