Tentera Chechnya bantu Rusia buru pegawai Ukraine dikehendaki

Tentera Chechnya bantu Rusia buru pegawai Ukraine dikehendaki

SKUAD tentera Chechen dipercayai berada di dalam hutan di Ukraine.-MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sebuah skuad ‘pemburu’ pasukan khas Chechen ditugaskan membantu tentera Rusia untuk menahan atau membunuh sekumpulan pegawai Ukraine yang dikehendaki. 

Lapor Daily Mail, setiap askar dilaporkan diberi ‘kad’ khas dengan gambar dan penerangan terperinci mengenai pegawai Ukraine. 

Perkara itu terbongkar menerusi saluran Telegram Moscow dengan pautan disediakan ke pertubuhan keselamatan itu. 

Senarai nama pegawai keselamatan yang disyaki terlibat ‘jenayah’ itu diberikan oleh Jawatankuasa Penyiasatan Rusia.

Berita itu tersebar selepas Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky membuat pengakuan dirinya adalah ‘sasaran nombor satu’ dan ahli keluarganya ‘sasaran nombor dua’ oleh pihak musuh Rusia di Kyiv.

Skuad tentera Chechen dipercayai berada di dalam hutan di Ukraine dan diberikan ‘arahan untuk membunuh’ individu yang berada di dalam senarai dikehendaki sekiranya tidak berupaya menahan mereka. 

Timbul spekulasi individu yang sangat dikehendaki oleh Moscow itu sebenarnya adalah ahli ‘Nazi’.

Saluran televisyen di Chechnya melaporkan Ramzan Kadyrov, 45, yang merupakan pemimpin republik itu melawat tentera Rusia di Ukraine.

Ramzan bertemu dengan Pengarah Perkhidmatan Pengawal Kebangsaan Persekutuan, Viktor Zolotov dan Ketua Komander Pasukan Pengawal Kebangsaan Rusia yang merupakan sekutu rapat Presiden Rusia.  

Warga Chechnya itu dipercayai dari Batalion Selatan Perkhidmatan Pengawal Persekutuan yang berpangkalan di Chechnya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya