Serangan Rusia tidak sasar orang awam, bandar - Utusan Malaysia

Serangan Rusia tidak sasar orang awam, bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kementerian Pertahanan Rusia menegaskan serangan udara dilancarkan ke atas Ukraine, tidak menyasarkan mana-mana bandar di negara itu.

Lapor Al Jazeera, kementerian itu mendakwa, serangan itu juga tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada orang awam.

Terdahulu, Ukraine memaklumkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan sembilan lagi cedera akibat serangan Rusia.

Menurut perkhidmatan pengawal sempadan Ukraine, tentera darat Rusia menyeberang ke negara itu dari pelbagai arah, beberapa jam selepas Presiden Vladimir Putin mengumumkan pelancaran operasi ketenteraan.

Jelas agensi itu, sejumlah kereta kebal Rusia dan kenderaan berat lain menyeberangi sempadan di beberapa kawasan utara serta dari selatan Semenanjung Crimea.

Katanya, seorang anggota tentera maut dalam serangan di sepanjang sempadan Crimea.

Terdahulu, pihak berkuasa Kyiv memaklumkan sekurang-kurangnya lima pesawat Rusia dan sebuah helikopter ditembak jatuh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN